Rawatan ini menggunakan kaedah dengan ayat Al-Quran, zikir-zikir dan menyediakan khidmat latihan kursus untuk persediaan sebagai perawat.
Thursday, July 25, 2013
BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI
Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.Tarikh sunnah berbekam untuk bulan ini ialah 17,19 dan 21 Ramadhan.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)
KURSUS URUT BADAN & PULIH BATIN
Bagi mereka yang inginkan berkerja mencari rezeki sepenuh masa/sambilan sebagai tukang urut,anda boleh mempelajari urut tradisional satu badan dan juga pulih batin dari pihak kami.
Kursus dijalankan secara 1 to 1 coaching di Pusat Terapi Syifa Shah Alam setiap hari,sila SMS Utz Zul 012-918 1195 untuk sebarang pertanyaan.
Friday, July 19, 2013
JADILAH SEBAIK-BAIK UMAT SEBAGAI JURUBEKAM
Rasulullah SAW amat-amat memuji pekerjaan sebagai jurubekam..
Dimana beliau pernah bersabda “Sebaik-baik hamba adalah jurubekam,kerana ia membuang darah kotor,melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan” (Hadis Riwayat Hasan Gharib)
Jangan lupa kursus bekam ahad ini di Pusat Terapi Syifa Shah Alam,sila SMS Utz Aswat 017-209 2307 untuk pengesahan kehadiran.
PENYAKIT YANG BOLEH DIBEKAM
Masalah kesihatan banyak berpunca daripada gaya hidup kita dan cara pemakanan yang tidak sihat. Di antaranya ialah:-
Obesiti, Perut Buncit, Kencing Manis, Kolesterol Tinggi, Migrain, Sakit Kepala, Sakit Jantung, Gout, Keletihan, Kebas-kebas, Sakit Lutut, Sembelit, Buasir, Stress, Hypertention, Resdung, Eczema, Gastrik, Senggugut, Strok, Tekanan Darah Tinggi/Rendah
Untuk temujanji bekam sila hubungi kami. Sila rujuk 'CAWANGAN KAMI' untuk dihubungi.
Obesiti, Perut Buncit, Kencing Manis, Kolesterol Tinggi, Migrain, Sakit Kepala, Sakit Jantung, Gout, Keletihan, Kebas-kebas, Sakit Lutut, Sembelit, Buasir, Stress, Hypertention, Resdung, Eczema, Gastrik, Senggugut, Strok, Tekanan Darah Tinggi/Rendah
Untuk temujanji bekam sila hubungi kami. Sila rujuk 'CAWANGAN KAMI' untuk dihubungi.
Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner
aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi terhad di Shah Alam/Puncak Alam/PJ sahaja.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)
RAWATAN BEKAM ATAU GURAH UNTUK BATUK
BATUK
- Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
- Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
- Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner
aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam/Puncak Alam/PJ sahaja.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)
Caj Rawatan Gurah: RM50 / 45 minit / 3 bulan sekali
Sunday, July 14, 2013
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1434 HIJRAH
Selamat menyambut ramadhan diucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog kami,Pusat Terapi Syifa Puncak Alam buka seperti biasa ramadhan ini.
Buka setiap hari kecuali JUMAAT,3.oo ptg-11t/mlm..sila SMS Pn Mimi 017-6845026 sejam awal sebelum datang.
Friday, July 5, 2013
BALA AKAN MENIMPA JIKA TAK ENDAHKAN BEKAM SUNNAH..
Mengapa orang melayu bila umur 40an kerap mendapat penyakit 3 serangkai
seperti darah tinggi,kencing manis dan masalah jantung.Sebab pertama
ialah sistem pemakanan orang melayu yang banyak mengandungi unsur gula
dan lemak.Sebab kedua pula ialah gaya hidup orang melayu yang tidak suka
bersenam berbanding orang barat yang menganggap senaman adalah perkara
yang serius.Sebab ketiga pula ialah sikap orang melayu yang kurang
mengambil berat tentang perubatan sunnah lalu mendapat BALA,bekam adalah
satu kaedah perubatan sunnah muakkad ataupun sunnah yang sangat
dituntut.Rasulullah SAW yang maksum pun istiqomah mengamalkan bekam
sebulan sekali,itulah rahsia kesihatan Rasulullah SAW yang tidak pernah
sakit sehinggalah beliau wafat pada umur 63 tahun.Adakah kita ini
tergolong dikalangan orang yang maksum sehingga mengambil remeh hal
ehwal rawatan bekam sunnah ? Fikirkan sejenak..
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti
mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah
R.A)
PERKARA YANG MENGUNDANG JIN ASYIK..
Jin asyik adalah jin jantan yang suka mencintai/menindih/merogol kaum wanita.Kaum wanita perlu peka pada simptom-simptomnya supaya gangguan ini mudah dirawat...
-Kerap sakit kepala selepas asar
-Badan kerap gatal-gatal
-Ada tanda lebam pada lutut/peha
-Badan jadi sakit/lenguh apabila bangun tidur
-Kitaran haid tidak teratur
-Sakit dibahagian ari-ari
-Halangan dalam bab jodoh
Perkara-perkara yang menyebabkan jin asyik suka mengganggu wanita..
-Suka berpakaian seksi dirumah
-Tidur berseorangan
-Penakut/lemah semangat
-Bilik tidur yang kotor/berselerak
-Suka bersolek
-Suka mengagumi susuk tubuh badan sendiri
-Mandi bogel
-Tidak membaca doa ketika masuk bilik air
-Tidak membaca doa perlindungan sebelum tidur
-Suka mengelamun/termenung
-Kerap menyendiri/tidak bercampur dengan kawan-kawan
AMALAN BERBEKAM MENGURANGKAN KANDUNGAN URIC ACID DALAM DARAH
Sumber makanan yang mengandungi uric acid yang tinggi ialah makanan laut dan juga daging merah.Jika kandungan uric acid terlalu tinggi dalam darah ia akan menyebabkan penyakit gout dan juga masalah buah pinggang.Untuk mengelakkan penyakit tersebut anda disyorkan berbekam sebulan sekali,insyaAllah kandungan uric acid dalam badan anda ditahap yang minimum dan kesihatan badan pun kekal terpelihara.
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
Subscribe to:
Posts (Atom)