Thursday, September 26, 2013

AL ISRA 81 BACA ULANG-ULANG BAGI KES SIHIR PUJA


Bagi kes sihir puja (sihir tahap tinggi) perawat perlulah meruqyah dengan ulangan yang tinggi ayat al isra 81 dalam lingkungan 77x supaya alat puja/patung/ikatan yang digunakan bomoh pecah/terbuka,insyaAllah.

KES SAKA PASTIKAN PESAKIT BACA IKRAR PEMUTUS SEBELUM RUQYAH



Bagi kes-kes saka,pesakit perlulah baca ikrar pemutus saka terlebih dahulu sebelum ruqyah dijalankan supaya jin saka sedih dan sedar lalu meninggalkan tubuh pesakit.

 Ikrarnya ialah...

"Sesungguhnya mulai saat ini aku ingin memutuskan segala perjanjian/ikatan saka dalam diriku,pergilah kau wahai jin ke alam kamu dan bertaubatlah kamu pada Allah SWT dengan berkat ayat ....(baca ayat seperti gambar diatas)"

Selalunya semasa membaca ayat ikrar ini,pesakit akan terketar-ketar dan mulai sedih/menangis hasil tindakbalas jin saka dalam badan pesakit.

RAWAT SENGGUGUT DENGAN BERBEKAM


Bagi kaum wanita yang sering mengalami masalah senggugut ketika haid,anda disyorkan berbekam sebulan dikawasan bawah pusat,pinggul serta pinggang bagi melancarkan darah pada organ peranakan wanita,insyaAllah sembuh.

Saturday, September 21, 2013

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI




Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.Tarikh sunnah berbekam untuk bulan ini ialah 17,19 dan 21 Zulkaedah.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

MATA BERKELIP LAJU PETANDA KERASUKAN


Semasa sesi ruqyah sedang dijalankan terhadap pesakit,perawat perlu perhati kelopak mata pesakit,jika kerdipan semakin laju petanda pesakit akan mula merasuk,perawat perlu ler sediakan bantal,selimut dan sebagainya,kemudian barulah dakwah + seksa jin pengganggu sampai depa surrender yer..

AYAT MENANGANI KERASUKAN GANAS



Apabila merawat kes kerasukan yang ganas dan agresif,perawat islam akan letih dan sukar untuk melafazkan ayat ruqyah sebab nafas pun dah semput untuk memegang tubuh pesakit,jadi disyorkan membaca ayat pasak dalam 21x sebelum membaca set ruqyah supaya pesakit yang kerasukan menjadi kaku sedikit dan tidak liar.

Baca ayat dibawah ini sebagai ayat untuk pasak jin,perawat islam disyorkan menjazamkan ayat ini 313x dahulu sebelum mula beramal ayat ini..

قُلۡ كُونُواْ حِجَارَةً أَوۡ حَدِيدًا 
Katakanlah (wahai Muhammad),jadilah kamu batu atau besi (Al-Isra 50)

KERAP BERBEKAM SISTEM IMUN AKAN JADI MAKSIMUM


Bagi anda diluar sana istiqomah berbekam sebulan sekali yer,setiap kali tusukan jarum bekam menembusi kulit anda,maka makin banyak sel darah putih tersebar sekaligus meningkatkan sistem imun dalam badan kita ketahap maksimum.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Thursday, September 12, 2013

RAWAT JERAWAT MUKA DENGAN BERBEKAM


Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat di muka,anda disyorkan berbekam seminggu sekali,isnyaAllah jerawat anda mengecut dan kulit wajah semakin berseri dan tidak kusam lagi.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BEKAM WAJAH NAIKKAN SERI



Bagi mereka yang mengalami wajah kusam,resdung,migrain dan juga jerawat,anda disyorkan menjalani bekam muka seminggu sekali untuk membuang darah kotor dan melancarkan perjalanan darah dikawasan muka,insyaAllah muka pun turut berseri juga kelak.. 
 
Bagi kaum wanita yang ingin naikkan seri wajah sila SMS sejam awal sebelum datang ke Intan 019-430 8836

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Saturday, September 7, 2013

PERKARA-PERKARA YANG MEMBENTENGI DIRI DARI SIHIR




-Istiqomah memakan kurma ajwa 7 biji setiap pagi
-Sentiasa tubuh dalam keadaan berwudhu
-Lazimkan solat berjemaah
-Lazimkan solat tahajud
-Lazimkan membaca ayatul kursi setiap hari
-Membaca doa keluar rumah
-Membaca doa perlindungan setiap kali masuk tandas

BAWA GAMBAR PASANGAN MASING-MASING BAGI KES SIHIR PEMISAH


Bagi mereka yang mengalami masalah sihir pemisah rumahtangga,jika pasangan tidak dapat hadir untuk rawatan sila bawa gambar pasangan masing-masing yer,semasa anda diruqyah kami juga turut meruqyah gambar yang anda bawa,selalunya anda tindak balas badan seperti panas sedikit bagi pasangan yang tidak hadir tersebut.Itu petanda tindakbalas rawatan,jangan panik yer..

Punca sihir pemisah...

-Gangguan jin asyik yang kuat cemburu
-Gangguan jin saka yang kuat cemburu
-Gangguan jin sihir yang dihantar orang ketiga/keluarga mentua/skandal/madu

Petanda sihir pemisah...

-Kerap sakit kepala/dada/pinggang lepas waktu asar keatas
-Kerap melihat kelibat dirumah
-Benci melihat pasangan
-Tidak bernafsu pada pasangan
-Gagal melakukan hubungan kelamin
-Suka bergaduh hal remeh temeh
-Kerap mimpi jatuh dari tempat tinggi/ular hitam/tandas/seram

Tujuan sihir pemisah..

-Untuk putus tunang
-Untuk perceraian rumahtangga


*Sila baca surah al baqarah 102 1x sehari untuk menghindari dari terkena sihir pemisah rumahtangga..

Wednesday, September 4, 2013

KURSUS BEKAM 8 SEPTEMBER 2013

 

Kursus bekam RM250 dijalankan Ahad ini di Pusat Terapi Syifa Seksyen 7 Shah Alam.Blkg Wisma Jakel 9am-1pm,sila SMS Utz Aswat 017-209 2307 

Barang-barang yang diberikan percuma semasa kursus... 

1) Sebatang PEN BEKAM 
2) 25 bilah jarum bekam 
3) 4 kotak set bekam 
4) Sekotak alcohol swabs 
5) Sebotol minyak zaitun safi 
6) Sijil tamat kursus 
7) Nota gambarajah bekam

Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya"

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.

BAGAIMANA TOKSID BADAN TERHASIL




Toksid terjadi akibat kegagalan sesuatu organ pencernaan untuk menghurai dan mencerna makanan secara optimum. Makanan yang pada dasarnya berkhasiat boleh bertukar menjadi racun atau toksid setiap kali ia dimakan sekiranya ia gagal dihurai melalui penghasilan enzim yang tepat dengan kuantiti nutrient yang diambil.

Kehadiran toksid ini memerlukan proses penghuraian dan peneutralan yang memerlukan usaha yang berganda daripada sesuatu organ terutama usus. Sekiranya ia tidak sempat dineutralkan, ia akhirnya akan terhadam dan masuk ke dalam sistem darah hingga mendatang lebih banyak kemudaratan.

Bagaimana untuk membuang toksid dengan lebih berkesan???

Jawapannya ialah kaedah bekam adalah satu rawatan yang lebih berkesan dan tiada kesan sampingan. Lihat saja gambar darah pesakit ini, darah yang bertoksid atau beracun warnanya kehitaman. Jika di biarkan akan mengundang pelbagai jenis penyakit dalam tubuh badan kita pada masa akan datang. Oleh itu berbekamlah kerana bekam itu rawatan Sunnah untuk umat Islam.

 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)