Tuesday, October 29, 2013

PUSAT TERAPI SYIFA PUNCAK ALAM BERPINDAH KE JERAM KUALA SELANGOR

Gambar akan diupload kemudian
 

Batu 18 1/2 Jeram 45800 Kuala Selangor pada bulan November ini. Kepada semua pelanggan bolehlah menghubungi saya ditalian 017 2092307 untuk maklumat lanjut.kedai berdekatan dengan Balai Dakwah Jeram.

KAEDAH MERAWAT PENYAKIT KLINIKAL/MASALAH ORGAN (DIY)


Bagi individu yang mengalami sebarang penyakit klinikal seperti gastrik,sembelit ataupun sebarang masalah organ dalaman seperti masalah buah pinggang,jantung dan sebagainya.

Anda disyorkan untuk minum sesudu pagi dan petang minyak zaitun dara yang sudah dibacakan ruqyah yer,dalam masa sebulan anda akan merasai sendiri perubahannya.

-Beli sebotol minyak zaitun dara di hypermarket berdekatan seperti giant/tesco/mydin.
-Buka penutupnya dan bacakan Al Fatehah 41x lalu tiup 10 saat.
-Setiap kali minum lazimkan membaca terlebih dahulu bismillah dan selawat.
-Jika anda sukar minum secara terus kerana geli atau sebagainya,anda boleh renjiskan pada salad lalu dimakan salad tersebut.

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati" (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

BEKAM KEPALA BAGUS DALAM MERAWAT STROKE


Bagi pesakit yang mengalami stroke/angin ahmar anda disyorkan berbekam dikawasan kepala dan juga anggota badan yang lemah 2 minggu sekali,insyaAllah anda akan merasa saraf anda kembali berfungsi semula.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Monday, October 21, 2013

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI







 Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

KHASIAT BEKAM MENINGKATKAN SISTEM IMUN


Bagi mereka yang istiqomah berbekam sebulan sekali,insyaAllah sistem imun badan mereka tinggi dimana penghasilan T dihasilkan dengan banyak,jadi sistem badan mudah melawan sebarang penyakit.Petanda imun lemah ialah kita mudah diserang batuk,selsema,demam dan alergi makanan laut dengan kerap.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

DOA KETIKA BERBEKAM

-A'uzubillah...rojim 1x
-Bismillah.. 1x
-Selawat 1x
-Bismillahillahzi layadhurru..alim 3x

InsyaAllah jurubekam/pesakit dihindari dari sebarang tindakbalas gangguan..

Sunday, October 6, 2013

KURSUS BEKAM 13 OKTOBER 2013


 

Kursus bekam RM250 dijalankan Ahad ini di Pusat Terapi Syifa Seksyen 7 Shah Alam.Blkg Wisma Jakel 9am-1pm,sila SMS Utz Aswat 017-209 2307 

Barang-barang yang diberikan percuma semasa kursus... 

1) Sebatang PEN BEKAM 
2) 25 bilah jarum bekam 
3) 4 kotak set bekam 
4) Sekotak alcohol swabs 
5) Sebotol minyak zaitun safi 
6) Sijil tamat kursus 
7) Nota gambarajah bekam

Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya"

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.

RAWATAN YANG MENYEMBUHKAN ASMA


Bagi mereka yang mengidap asma/lelah anda disyorkan berbekam didada seminggu sekali sehingga 3x sesi serta makan kapsul habbatus sawda 1biji pagi dan 1biji petang,insyaAllah asma anda akan pulih dalam masa 2bulan,jika anda tak percaya anda cuba ler formula tu yer..

Bekam Dada + Habbatus Sawda = Pulihkan Asma

 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BEKAM JUGA MENCEGAH PENYAKIT LEMAH SYAHWAT


Bagi kaum lelaki yangb istiqomah berbekam dikawasan pinggang,insyaAllah anda dihindari dari sebarang masalah lemah syahwat dan sakit pinggang,selain itu pengambilan Habbatus Sawda perlu diambil setiap hari secara berterusan.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BERBEKAM MENYEMBUHKAN MASALAH ALERGI MAKAN


Bagi mereka yang alergi makan makanan laut/daging,anda disyorkan berbekam 2 minggu sekali sebanyak 3x sesi,insyaAllah selepas 3 sesi bekam sistem imun anda kembali normal dan kulit anda tidak gatal-gatal lagi bila menjamah makanan laut.Untuk info punca masalah alergi makan ini adalah berpunca daripada sistem imun yang menurun/bermasalah akibat toksid/toksin yang tinggi dalam sistem darah.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)