Monday, March 31, 2014

PETUA MERAWAT SAKIT JANTUNG

 

-Ambil sebutir buah pala, parutlah buah pala kemudian bubuh di dalam gelas dan bubuh gula secukup rasa.
-Bubuh air yang sedang mendidih ke dalam gelas tersebut dan setelah airnya hangat-hangat kuku munumlah sampai habis.
-Amalkan Selawat Syifa Pagi dan petang 1x.

KAEDAH MANDIAN DAUN BIDARA MERAWAT PENYAKIT GANGGUAN JIN


-Cari daun bidara dalam 21 helai
-Tumbuk semua daun tu dengan lesung batu hingga lumat
-Amil 1/3 daun bidara yang lumat tadi campur kat sebaldi besar air paip dan bacakan fatehah,kursi dan 3qul, Surah Al Kausar dengan ulangan 3x lalu tiup 10 saat
-Lakukan mandian bilasan terakhir selepas waktu asar keatas tanpa lap
-Lakukan kaedah mandian daun bidara ini 3 hari berturut-turut insyaAllah sembuh

Wednesday, March 26, 2014

KURSUS ASAS BEKAM SUNNAH TERBUKA UNTUK PESERTA LELAKI & WANITA PADA 30 MAC 2014



Photobucket
Photobucket
Photobucket
PhotobucketPhotobucket


BARANG-BARANG YANG AKAN DIBERIKAN PERCUMA SEMASA KURSUS

1) Sebatang PEN BEKAM AUTO

2) 30 bilah jarum bekam 21G

3) Set bekam 12 cawan

4) Sekotak alcohol swabs

5) Sebotol minyak zaitun safi

6) Sijil tamat kursus

7) Nota gambarajah bekam


Kursus Asas Bekam Thibbun Nabawi RM250 dijalankan Ahad 30 MAC 2014 ini di Pusat Terapi Syifa Seksyen 7 Shah Alam.Blkg Wisma Jakel 9am-1pm,sila SMS Utz Aswat 017-209 2307.



Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya"

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.

*SESI PRAKTIKAL SEPANJANG HAYAT SECARA PERCUMA*


KHIDMAT BEKAM DAN URUT SATU BADAN DI PUSAT TERAPI SYIFA MERU




Alhamdulillah.khidmat rawatan di cawangan baru iaitu Pusat Terapi Syifa Meru telah dibuka di atas Bank Simpanan Nasional.

Rawatan yang disediakan buat masa ini adalah khidmat urut satu badan RM50/jam dan rawatan bekam sunnah RM5/cup.

Buka 11pg-10mlm setiap hari kecuali JUMAAT.

Perawat lelaki sila SMS Rasyad 012-9366520 dan perawat wanita pula SMS Pn Lina 012-4229784



Tuesday, March 18, 2014

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI


Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

KURSUS BEKAM PADA 16 MAC 2014

 


 Alhamdulillah.Berakhirnya Kursus Asas Bekam Thibbun Nabawi,Bekam Stress,Bekam Sihir n Bekam 93 jenis penyakit. Terima kasih kepada peserta dari Singapura n Kelantan y datang dr Jauh utk mempelajari Al Hijamah.Semoga n perkongsian ilmu ini kita dapat menyebarkan Salah satu Sunnah Rasulullah S.A.W.Amin.


KENAPA CAWAN BEKAM BERWAP/BERAIR



-Semasa proses sedutan bekam,gas-gas patogen pun disedut keluar sekali sehingga menyebabkan cawan bekam berwap

-Patogen adalah mikroorganisma hidup/bakteria/virus yang kita dapat daripada pemakanan mahupun pernafasan dari udara sekitar

-Patogen boleh masuk dan menyerang sistem badan manusia melalui sistem paru-paru dan sistem darah manusia sehingga menyebabkan manusia lesu,imun menurun,sakit sendi,batuk-batuk dan kerap demam

-Jurubekam disyorkan memakai mask/menyapu hidung dengan myk habatus sawda supaya mengelakkan patogen masuk ke sistem paru-paru

Tuesday, March 4, 2014

KAEDAH PERUBATAN ILAHIYAH DAN NABAWIYAH


Photo: KAEDAH PERUBATAN ILAHIYAH DAN NABAWIYAH

" Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah:"Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan ditempat-tempat yang dibuat manusia.''Kemudian makanlah dari setiap jenis buah buahan dan ikutlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan bagimu.Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan penyakit manusia. Sesungguhnya pada yang demikian, terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir". (Surah An-Nahlu Ayat 68-69)

Pengambilan madu sebagai ubat menunjukkan pentingnya ubat ubatan semulajadi.Tujuannya ialah mengembalikan kekuatan fitrah (sistem imuniti) dan keseimbangan hormon pada tubuh manusia. Dengan demikian, penyembuhan secara semulajadi lebih berkesan dan tidak menyebabkan munculnya penyakit baru.

" Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah:"Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan ditempat-tempat yang dibuat manusia.''Kemudian makanlah dari setiap jenis buah buahan dan ikutlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan bagimu.Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan penyakit manusia. Sesungguhnya pada yang demikian, terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir". (Surah An-Nahlu Ayat 68-69)

Pengambilan madu sebagai ubat menunjukkan pentingnya ubat ubatan semulajadi.Tujuannya ialah mengembalikan kekuatan fitrah (sistem imuniti) dan keseimbangan hormon pada tubuh manusia. Dengan demikian, penyembuhan secara semulajadi lebih berkesan dan tidak menyebabkan munculnya penyakit baru.