Rawatan ini menggunakan kaedah dengan ayat Al-Quran, zikir-zikir dan menyediakan khidmat latihan kursus untuk persediaan sebagai perawat.
Friday, April 19, 2013
WAJAH KUSAM KEMBALI BERSERI SELEPAS RAWATAN AURA SERI
Beberapa hari yang lepas saya didatangi seorang pesakit perempuan yang sudah lama terkena sihir. Wajahnya kusam, wajah berubah bila melihat dicermin, badan bisa-bisa dan tiada semangat. Setelah saya membaca set ruqyah kepada pesakit, hatinya berdebar-debar, kepala terasa pening.
Saya mengsyorkan pesakit agar membuat rawatan aura seri dan pesakit membawa 9 kuntum bunga ros, limau nipis sembilan biji, air mineral 1 botol.
Alhamdulillah dengan keberkatanNya, pesakit tersebut telah mandi aura seri dan dia dapat melihat wajahnya kembali seperti asal di cermin, dan wajahnya kembali berseri-seri.
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment