Al-kayy bermaksud membakar kulit dengan besi panas yang dilekapkan ke kulit di bahagian badan tertentu.
"Jika penuyakit tidak disembuhkan oleh ubat-ubatan, hendaklah
disembuhkan dengan pembedahan. Jika tidak dapat disembuhkan oleh
pembedahan, penyembuhnya ialah api. Jika api juga tidak dapat
menyembuhnya, bermakna penyakit itu tidak dapat menerima sebarang
penyembuhan lagi."
Kaedah al-kayy popular di kawasan pedalaman Arab disebabkan kekurangan
tabib dan ubat-ubatan. Setelah kedatangan Islam, ia ditegah
seboleh-bolehnya. Rasulullah menegaskan pengubatan al-kayy yang
menyakitkan ini hanya boleh dilaksanakan apabila tiada lagi kaedah lain
untuk mengubati penyakit yang di alami.
No comments:
Post a Comment