Bagi perawat berhadapan/jarak jauh kefahaman tentang bio-energi
amat-amat penting.Ia adalah untuk memastikan DOS ruqyah yang kita
berikan pada pesakit mencukupi dan pesakit pun rasa puas hati selepas
diruqyah.Bila bio-energi kita maksima,pesakit gangguan akan muntah
ataupun terasa sesuatu keluar dari kaki,badan pun akan rasa kurang sakit
dan ringan juga.
Bio-energi ini atau kata lain dipanggi AURA akan semakin kuat dan tebal
apabila kita bacakan set ruqyah kepada pesakit,adakalanya pesakit yang
tiada gangguan pun akan terasa bahang akibat AURA/BIO-ENERGI kita yang
berada ditahap maksima.
Untuk memastikan BIO-ENERGI/AURA perawat ditahap maksima,pastikan anda
istiqomah beramal zikir ALLAH 5000x sehari sehingga anda terasa aura
keluar dari tapak kaki jika istiqomah mengamalkannya dalam masa
sebulan.Bila anda terasa seperti bahang/angin keluar dari tapak kaki
ketika berzikir,petanda anda sudah mendapat lebihan aura/bio-energi,maka
anda boleh berehat beramal dalam masa 2 hari kerana BIO-ENERGI/AURA
anda sudah ditahap maksima.