Bagi perawat berhadapan/jarak jauh kefahaman tentang bio-energi amat-amat penting.Ia adalah untuk memastikan DOS ruqyah yang kita berikan pada pesakit mencukupi dan pesakit pun rasa puas hati selepas diruqyah.Bila bio-energi kita maksima,pesakit gangguan akan muntah ataupun terasa sesuatu keluar dari kaki,badan pun akan rasa kurang sakit dan ringan juga.
Bio-energi ini atau kata lain dipanggi AURA akan semakin kuat dan tebal apabila kita bacakan set ruqyah kepada pesakit,adakalanya pesakit yang tiada gangguan pun akan terasa bahang akibat AURA/BIO-ENERGI kita yang berada ditahap maksima.
Untuk memastikan BIO-ENERGI/AURA perawat ditahap maksima,pastikan anda istiqomah beramal zikir ALLAH 5000x sehari sehingga anda terasa aura keluar dari tapak kaki jika istiqomah mengamalkannya dalam masa sebulan.Bila anda terasa seperti bahang/angin keluar dari tapak kaki ketika berzikir,petanda anda sudah mendapat lebihan aura/bio-energi,maka anda boleh berehat beramal dalam masa 2 hari kerana BIO-ENERGI/AURA anda sudah ditahap maksima.
No comments:
Post a Comment