Untuk makluman Pusat rawatan menyediakan khidmat rawatan Mandian Aura Seri untuk lelaki dan wanita.Khasiatnya adalah untuk memulihkan wajah yang kusam akibat dari tekanan kerja, gangguan rohani dan sebagainya. Untuk rawatan sila bawa
- bunga ros merah 9 kuntum- limau purut 9 biji
- sebotol air mineral 1.5 liter
Mahar: RM50.00 sahaja.
TEMUJANJI RAWATAN:
017-2092307 US. ASWAT
017-6845026 PN. MIMI
KAJIAN SAINTIFIK
Mandi bunga bukan sahaja petua tetapi telah dikaji secara saintifik dan ia memang benar-benar bermanfaat kepada tubuh badan manusia. Dengan mandi bunga kita akan dapat menyeimbangkan aura tubuh badan kita ke tahap normal (warna pelangi). Apabila aura kita stabil maka semua masalah tadi tidak akan timbul.
Penelitian terakhir di Eropah mengungkapkan, mandi ternyata tidak hanya baik untuk membersihkan tubuh dari kotoran dan menjauhkan stres, tetapi juga memiliki peranan penting dalam meningkatkan sistem kekebalan. Hasil kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan, penderita diabetes yang menghabiskan hanya 30 minit berendam dalam air hangat dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 persen.
Sementara itu, penelitian di Jepun mengungkapkan kebiasaan berendam selama 10 minit dalam air hangat dapat memperbaiki kesihatan jantung, membantu berolahraga dengan lebih baik, dan mengurangi rasa sakit.
Pada hakikatnya air dan bunga merupakan dua elemen yang mampu dijadikan bahan penenang. Dalam falsafah pengubatan tradisional Cina, air adalah elemen yang sangat kuat dalam penyembuhan energi.
Menurut ahli antropologi perubatan moden, sebenarnya di dalam tubuh pesakit, terutamanya pada bahagian pusat dalam kedudukan usus besar, telah wujud satu frekuensi tekanan yang amat rendah. Ini sememangnya akan mengundang pelbagai bentuk tenaga asing yang jahat bagi menambahkan kesakitan dan gangguan fikiran.
Rawatan yang boleh digunakan ialah dengan cara mandian dengan air disiram di atas kepala dengan serentak si pesakit menghentakkan kakinya ke tanah berulangkali. Tujuannya ialah apabila frekuensi hentakan sama dengan frekuensi asli tanah tersebut maka satu amplitud maksimum akan dihasilkan. Selain itu, kaedah mandian pati bunga-bunga ros putih juga berkesan kerana bunga jenis ini mempunyai frekuensi yang amat laju dan mempu meleraikan gelombang yang tidak stabil di dalam dan di persekitaran tubuh si pesakit.
No comments:
Post a Comment