MINGGUAN WANITA BIL: 1526 PP4404/07/2013(033272)
15 - 21 FEBRUARI 2013 / 04 - 10 RABIULAKHIR 1434 H
KELOLAAN: INTAN ROHAIZAT ZAKARIYA
FOTO: MOHD NASARUDIN TALKAH
LOKASI: PUSAT TERAPI SYIFA, 13B JALAN PLUMPUM Q7/Q, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR
BEKAM KECANTIKAN: Bantu Wajah Kusam Kembali Berseri
Stres, penat, pencemaran dan kesibukkan antara faktor menyebabkan wajah
wanita menjadi kusam serta lesu. Wajah sebegini sedikit sebanyak
membuatkan seseorang hilang keyakinan diri dan kurang bersemangat.
Sudah semestinya, ia juga memberi gambaran imej yang tidak begitu baik
kepada orang di sekeliling. Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh
mencuba bekam kecantikan. Rawatan ini semakin mendapat tempat di hati
masyarakat memandangkan kesannya amat memuaskan.
Seorang jurubekam wanita di Pusat Terapi Syifa, Noor Faizah Ismail, 33, memberitahu rawatan bekam kecantikan dikatakan dapat membantu mereka yang menghadapi masalah kulit wajah. Antaranya jerawat, resdung dan wajah yang kusam. Selain itu, rawatan ini dikatakan amat sesuai dilakukan buat bakal pengantin kerana ia dapat menaikkan seri dan membuatkan wajah lebih bersih menjelang hari bahagia.
"Rawatan ini boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak yang berusia 10 tahun ke atas. Pelanggan dinasihatkan berpuasa satu hingga dua jam sebelum melakukan rawatan. Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor semaksimum yang boleh dan tubuh dapat fokus sepanjang rawatan. Pengambilan makanan menyebabkan tubuh kita sibuk menghadam makanan dan mengganggu proses pengeluaran darah kotor.
Ada banyak faktor menyebabkan darah kotor, antaranya pengambilan makanan berlebihan, tabiat makanan tidak sihat seperti suka makanan berminyak, alahan kepada kekacang atau makanan laut, alahan kepada produk kecantikan, stres dan resdung. Selain rawatan, kami juga memberi informasi agar pelanggan boleh elakkan amalan yang tidak sihat," katanya.
Dalam temubual itu, Noor Faizah atau mesra dengan sapaan Nott menasihati pelanggan mendapatkan rawatan bekam pada hari cuti serperti hujung minggu atau cuti seperti hujung minggu atau cuti panjang. Katanya, selepas berbekam kesan di bahagian muka pelanggan akan mengambil masa berbeza-beza untuk beransur pulih seperti sediakala.
"Ada yang pulih selepas tiga hingga lima hari, paling lama pun tujuh hari sahaja. Setiap orang kesannya berbeza mengikut tahap serius masalah yang dihidapi. Pelanggan juga dinasihatkan supaya tidak mengambil minuman yang berkafein dan mengurangkan pengambilan makanan laut, daging, ayam, belacan, makanan berminyak, bersantan serta bergoreng sekiranya mahu rawatan ini berkesan."
Langkah demi langkah rawatan bekam wajah
- Wajah pelanggan akan disapukan dengan sedekit minyak zaitun supaya kulit menjadi lembut dan dapat mengelakkan rasa pedih ketika dibekam.
- Bahagian muka yang bermasalah akan diletakkan cup bekam yang telah disteril terlebih dahulu. Cup akan di pam beberapa minit bagi merangsang darah kotor keluar ke permukaan kulit muka.
- Cup akan dibuka dan kulit muka dicucuk dengna pen bekam yang menggunakan jarum pakai buang.
- Kemudian, cup akan dipamkan semula untuk mengeluarkan darah kotor. Proses pengeluaran darah kotor mengambil masa antara tiga hingga lima minit. Rarah kotor yang keluar selalunya berwarna hitam, berlendir, bertali atau berbuih.
- Langkah 1 hingga 4 akan diulang sekali lagi bagi memastikan pengeluaran darah kotor yang maksimum.
Apa kata pelanggan (Wan Ashmaliana Wan Abdullah, 27)
..."Saya mengalami masalah kulit wajah berjerawat, selepas melakukan
bekam kecantikan kulit beransur licin. Wajah dan badan juga berasa
lebih segar serta ringan. Saya gembira dengan hasilnya dan akan terus
melakukan rawatan bekam."...
Tip
- Pelanggan hanya boleh makan, mandi dan tidur selepas satu jam berbekam. Ia bagi merehatkan sistem darah di bahagian badan dan mengelakkan kulit muka dariapda berasa pedih.
- Pelanggan yang mempunyai masalah diabetes atau kencing manis perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan rawatan bekam.
Kelebihan bekam kecantikan
- Menaikkan seri wajah
- Mengatasi masalah wajah kusam
- Menghilangkan kelesuan
- Membantu mengatasi masalah jerawat
- Membantu merawat masalah resdung
- Dikatakan mampu membuatkan pelanggan lebih fokus kepada pelajaran, kerjaya mahupun rumahtangga.
No comments:
Post a Comment