Monday, March 11, 2013

PERSEDIAAN UNTUK MENJADI PERAWAT

  1. Perlu banyak membaca buku karangan Syeikh Wahid Abd Salam Bali, Utz Dato Harun Din dan Utz Syarhan Syafie, buku berkaitan rawatan gangguan jin yang dikarang oleh mereka mudah dibeli dipasaran.
  2. Perlu membeli buku mengenai herba sunnah seperti khasiat air zam zam, habbatus sawda, madu dan minyak zaitun dara.  Herba-herba tadi amat-amat membantu dalam merawat penyakit gangguan jin dan penyakit klinikal.
  3. Perlu juga mendapatkan kursus bekam dari jurubekam yang berpengalaman kerana rawatan bekam membantu juga dalam kesembuhan penyakit gangguan jin mahupun penyakit klinikal.
  4. Mendapatkan kursus perawat intensif dari perawat islam yang berpengalaman, lalu menjalani sesi teori dan simulasi serta bimbingan hingga akhir hayat.
  5. Amalan zikir juga akan banyak dilakukan, lingkungan 1000x - 3000x sehari bagi meningkatkan perisai diri, meningkatkan tauhid serta ketajaman ayat ruqyah.
  6. Setiap ayat ruqyah perlu dijazamkan sekali seumur hidup iaitu sebanyak 313x.
  7. Lazimkan bangun sunat tahajud tengah malam, tugas perawat islam ialah sebagai pendoa dan syarat pendoa yang baik supaya tidak ditolak oleh Allah SWT ialah dengan kerap melakukan amalan sunnah/solat sunnat dengan istiqomah.
  8. Berani dalam berdakwah dan sanggup mengambil risiko.
  9. Ikhlas kerana Allah SWT,dan bukan hanya nak cari KEKAYAAN semata-mata.  Mengikut pengalaman yang lepas-lepas,ramai perawat islam yang kebanyakan Utz Mesir jatuh melingkup depan mata saya kerana merawat niat nak cari KEKAYAAN sahaja.  Tepuk dada tanya selera...
Bagi mereka yang serius untuk menjadi perawat, sila hubungi atau SMS kepada Muallij Aswat 017-209 2307

No comments:

Post a Comment