Tuesday, December 29, 2015

TITIK BEKAM MERAWAT SIHIR PUJA


Petang kelmarin sy merawat pesakit yang terkena sihir puja. Sesi pemeriksaan anatomi tubuh dilakukan kepada pesakit sebelum rawatan Bekam Sunnah dilakukan. Semua darah pada titik bekam bertali macam ular. Alhamdulillah selepas rawatan badan pesakit berasa lebih ringan dan selesa.
Abu Ubaid menyebutkan dalam kitabnya:-
"Bahawasanya Rasulullah S.A.W melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang".

Temujanji Rawatan:-
017-2092307 Us.Aswat
017-6845026 Pn.Mimi

Monday, December 21, 2015

CAWANGAN PUSAT RAWATAN KAMI DI UTARA

Alhamdulillah...
Cawangan Zon Utara (Berseri Perlis)
Hari ini Pusat Rawatan AAZIM ASSYIFA telah dibuka dengan rasminya.Org Perlis boleh mendapatkan Rawatan Alternatif Komplimentari seperti Urut Saraf, Bekam Sunnah, Ruqyah di sini.
Temujanji Rawatan:-
014-3475007 Muallij Angah

Waktu Rawatan:- 9.30pg - 6.30ptg
(Keselesaan anda,keutamaan kami)


RAWATAN BEKAM PESAKIT GOUT

Pada pukul 3.00 petang kelmarin, saya didatangi pesakit lelaki yang mengalami masalah di kaki. Beliau bekerja sebagai drebar lori. Sudah sebulan dia mengalami masalah tersebut. Sebelum pesakit datang ke pusat rawatan saya, beliau telah pergi berurut dan selepas berurut kaki beliau semakin sakit dan hendak berjalan pun susah. Saya mengdianogsis pesakit dan mendapati di kaki pesakit kulitnya kemerahan iaitu asid urid (Gout) terlalu tinggi pada bahagian kaki kirinya. Saya melakukan kaedah Bekam darah pada pesakit ini.
Alhamdulillah selepas tamat rawatan bekam, pesakit merasa kurang sakit dan boleh berjalan dengan selesa.

Untuk khidmat rawatan hubungi @ whatsupp ke:
017-2092307 Ustaz Aswat
017-6845026 Pn.Mimi


Sunday, December 20, 2015

MERAWAT PESAKIT GANGGUAN JIN ASYIK

Pada lewat petang tadi saya didatangi sepasang suami isteri untuk membuat rawatan. Saya menyuruh pesakit duduk dan membacakan ayat2 asas scanning. Sewaktu saya memulakan sesi rawatan, pesakit menangis dan di dapati pesakit ini mengalami gangguan dari Jin Asyik. Pesakit juga tidak boleh melihat wajah suaminya dan sering berlaku pergaduhan kecil antara mereka. Pesakit juga menceritakan pada malam-malam tertentu dia mimpi bersetubuh dengan Jin tersebut. Setelah tamat sesi rawatan, saya membekalkan 2 botol air untuk di buat mandian dan minum.

Info berkaitan Jin Asyik
Gangguan jin asyik boleh terjadi jika ada jin jantan telah jatuh cinta dan asyik kepada seseorang perempuan, atau jin betina cinta kepada seorang lelaki. Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah berkata : "Gangguan dari jin kepada manusia kadang kadang kerana hawa nafsu dan asyik (jatuh cinta) sebagaimana ianya berlaku sesama manusia" (majmu' al-Fatwa).

Untuk khidmat rawatan hubungi@ whatsupp ke:
017-2092307 Us. Aswat

Thursday, December 17, 2015

RAWATAN SIHIR TAFRIK (PEMISAH RUMAHTANGGA)

Tengahari tadi saya merawat kes Sihir Tafrik Pesakit dari Puchong. Dia menceritakan isterinya tidak mahu memandang wajahnya langsung dan perasaan benci kepada suaminya. Saya pon membacakan set Ruqyah kepada pesakit, simptom terjadi kpd pesakit terasa pening-pening, perasaan melayang dan hilang fokus. Selepas itu, saya membuat bekam kepada pesakit dan 6 titik bekam darahnya bertali semasa 2 round bekam dijalankan.
Apa itu Sihir Tafriq? Sihir
Tafriq ada banyak cabang selain memisah ikatan suami isteri. Sihir Tafriq juga digunakan untuk memisahkan ikatan persahabatan kawan karib dan lain-lain ikatan mungkin termasuk memecahbelah ikatan di antara adik beradik, ikatan saudara mara dan yang terdekat termasuk anak beranak. Mungkin anak dan ibunya atau ayahnya.
Sihir Tafriq digunakan terhadap seseorang itu supaya membenci, bermusuhan dan berkelahi walaupun perkara yang remeh. Tanda awal suami isteri yang terkena sihir tafriq yang diberitahu oleh Ustaz Sharhan iaitu bila masing-masing berada jauh akan terasa rindu sangat. Tetapi bila berada bersama, selalu bergaduh atas perkara yang remeh, cepat panas baran dan tak boleh tengok muka si suami atau si isteri.
saya memberi amalan kepada pesakit dan petua-petua merawat Sihir Tafrik ini. Amalkan Surah Al Baqarah ayat 102 di atas 170x sehari dengan Istiqomah.

Untuk rawatan Hubungi:
017-2092307 Muallij Aswat

SIHIR TUTUP KEDAI

Hari Ahad yang lepas, saya dihubungi oleh Pengusaha restoran makanan di Puncak Alam. Restorannya sudah beroperasi selama 5 tahun dan 3 bulan kebelakangan ini pelanggan mengatakan restorannya ditutup padahal ianya dibuka seperti biasa. Pengusaha restoran tersebut juga mengatakan dia tidak ada semangat untuk berniaga dan bila berada di restorannya, badannya terasa seram sejuk, staf bergaduh dengan tiba-tiba , nasi yang di tanak tidak masak dan lauk pauk basi.
saya memulakan sesi scanning dengan membacakan Surah Al Baqarah dan semasa sampai pada ayat 102, dinding restoran tersebut keluar ulat-ulat kecil dan lantai restoran keluar air yang berbau mayat manusia, tiba ayat 255, terdengar suara makhluk menangis dan selepas itu makhluk itu berlari keluar dari dapur restoran ke pintu hadapan dan terdengar bunyi letupan di hadapan restoran tersebut.
Alhamdulillah setelah tamat bacaan Surah Al Baqarah saya menyuruh pengusaha membasuh restorannya dengan petua-petua yang di beri untuk membersihkan energi-energi sihir.


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani ( Surah Al Hujraat, 12 )

"Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap"
"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua".
(Surah Al Isra ayat 81-82)

KHIDMAT RAWATAN HUBUNGI:-
017-2092307 MUALLIJ ASWAT

TESTIMONI RAWATAN BEKAM DAN RUQYAH PENYAKIT BATU KARANG




Pada hari jumaat petang yang lepas, saya merawat pesakit lelaki yang baru pertama kali berbekam dan Rawatan Islam. Pesakit ini mengalami masalah gangguan dan ada penyakit Batu karang.
Slps rawatan bekam, saya membacakan set Ayat2 Syifa dan Ayat pemecah kepada pesakit pada 2 botol air mineral. Selepas tamat bacaan, pesakit mengalami pening2 akibat dari gangguan pada tubuhnya.
Pesakit dibekalkan 2 botol air mineral berserta petua untuk merawat masalah Batu Karang.
Alhamdulillah dengan izin Allah pesakit dah boleh kencing dengan normal.

Untuk Rawatan Hubungi:-
017-2092307 Us.Aswat

Saturday, December 12, 2015

RAWATAN PESAKIT TERKENA SIHIR PUJA

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari semalam, saya didatangi pesakit yang terkena sihir puja. Saya menyuruh pesakit Beristigfar 3x, Syahadah 3x dan Selawat 3x asas scanning dan selepas pesakit membacanya, terus pesakit tumbang. Sesi ruqyah di bacakan sehingga tamat dan pesakit kembali pulih selepas itu dan diberi minum air yang telah dibacakan ayat-ayat Syifa. Pesakit diberi amalan-amalan dan Zikir untuk perisai diri.
Temujanji Rawatan Hubungi:
017-2092307 Us. Aswat

RAWATAN PESAKIT TERKENA NASI KANGKANG

Astagfirullahalazim... 2Hari lepas saya didatangi oleh sebuah keluarga dari sebelah pantai Timur. Anak lelaki keluarga ini telah terkena Sihir Nasi Kangkang yang telah dilakukan oleh isterinya selama 10 tahun. Antara simptom2 yang terkena kepada pesakit ini dari seorang yang ceria kepada seorang yang dungu, bodoh, dan menurut sahaja kemahuan si isteri hingga tidak pulang ke rumah ibu dan bapanya selama 10 tahun berkahwin. Sihir Nasi Kangkang ini sememangnya popular di kalangan masyarakat kita untuk menjinakkan dan memperhambakan suami. Sihir ini dilakukan dengan cara makanan iaitu dengan nasi, @ masakan lain yang masih panas dan diletakkan ke lantai. Kemudian si isteri akan duduk mengangkang di atas makanan itu dengan tujuan wap-wap dari kemaluannya jatuh meresap ke dalam makanan tersebut.
Sihir ini sangat berkesan sewaktu isteri datang haid.
Nauzubillahhiminzalik...semoga Allah memberi hidayah kepada isterinya dan bertaubat Nasuha dan memohon maaf kepada suaminya..

rawatan dilakukan kepada pesakit dan pesakit dibekalkan dengan air yang telah dibacakan ayat-ayat syifa untuk dibuat mandi dan minum.

Untuk Rawatan hubungi:
Ustaz Aswat 017-2092307

Thursday, December 10, 2015

RAWATAN BEKAM SIHIR SANTAU 3 LAPIS

2 hari lepas saya berkesempatan merawat pesakit yang terkena Sihir Santau 3 Lapis, sehingga perniagaan terpaksa ditutup. Setelah rawatan bekam dilakukan, darah yang keluar dari lapisan kulit begitu pekat dan bisa racun santau. Setelah tamat rawatan saya bekalkan kepada pesakit sebotol air yang telah di bacakan ayat2 Syifa untuk dibuat minum dan mandi.

untuk rawatan sms @ whatsupp ke:
017-2092307 Us. Aswat

4 ELEMEN ASAS HERBA YANG PERLU KITA KETAHUI

Secara asasnya badan kita mempunyai elemen-elemen 4 iaitu, tanah, air, api dan angin. Apabila berlaku ketidakseimbangan 4 elemen ini, badan kita akan mengalami perubahan pada organ-organ dalam dan sekiranya tidak di rawat, tubuh bada kita akan menjadi lemah dan sakit. Untuk merawat masalah ini, saya akan berkongsi serba sedikit penggunaan herba untuk merawat diri kita berdasarkan 4 elemen tersebut.

1. Unsur Api (Heating Combination)
 Organ:
- Paru-Paru, Jantung
Jenis Herba yang digunakan:
-Herba Aromatik/ Panas
Rasa:
- Pedas
Berfungsi Sebagai:
- untuk melawas
- bahan penenang
- pemberi tenaga
Contoh Herba yang digunakan:
- teja lawang, lada hitam, Halia, kulit kayu manis, serai wangi, buah-buahan citrus, pokok kayu putih, pokok 'tea tree'.

2. Unsur Angin (Cleansing Combination)
Organ:
- Usus besar, Hati, Limpa(spleen)
Jenis Herba yang digunakan:
- Herba Pahit
Rasa:
Pahit
Berfungsi Sebagai:
- digunakan untuk mencuci dan menguatkan hati. (melindungi hati daripada bahan kimia toksid, mengeluarkan toksid yang sedia ada di dalam sel hati)
- Antibakteria, antivirus, dan Antifungsi
- Menghilangkan jerawat, cacar, Psoriasis, Exzema dan Ruam
Contoh herba yang digunakan:
- Pegaga, Mambu, Halban, Patawal, Hempedu Bumi, Petai, Tongkat Ali, Jering

3. Unsur Tanah (Tonic Combination)
Organ:
Darah
Jenis Herba yang digunakan:
- Kelat/ Masam
Rasa:
Sepat/ Kelat, Asin, Masam
Berfungsi sebagai:
- digunakan bagi penyakit yang berpunca dari darah
- untuk meningkatkan Imuniti
Contoh Herba yang digunakan:
- Pokok Larak, Tengkuk Biawak, Akar Sekecut, Daun Jambu, Halban, Sepang

4. Unsur Air (Smoothing Combination)
Organ:
- Ginjal
Jenis Herba:
- Diuretik
Rasa:
- Tanpa Rasa, Manis, Pahit
Berfungsi Sebagai:
- Digunakan untuk mengubati ketumbuhan(Anti Inflamantori)
- menurunkan panas (Antipiretik)
- menurunkan tekanan darah tinggi (Anti Hipertensi)
- Memecahkan batu karang
Contoh Herba yang digunakan:
- Pegaga, Tapak Liman, Lalang, Patawali, Mempelas, Bayam Duri, Petai, Jering, Belimbing, Kopi

Untuk Khidmat Nasihat berkaitan Herba hubungi:-
017-2092307 Us. Aswat

Wednesday, December 9, 2015

RAWATAN SIHIR JERUT KEPIT

Hari ini saya merawat 1 kes pasangan yang baru berkahwin yang terkena Sihir Jerut Kepit yang dialami oleh isteri pasangan ini. Sihir ini berlaku bila pasangan ini hendak melakukan hubungan intim dan kedua dua belah peha isterinya tiba-tiba terkepit dengan begitu kemas. Bila waktu biasa, Sihir ini tidak terjadi.

Rawatan dilakukan kepada kedua dua pasangan ini, dan jin yang berada didalam jasad isterinya bersuara dan menangis bila ayat -ayat azab dibacakan dan keluar dengan membuat perjanjian untuk tidak memasuki dan menganggu pesakit ini lagi. Rawatan tamat.

Pesakit dibekalkan dengan air Ruqyah untuk dibuat mandian berserta daun sirih 21 helai dan akar sintok.
Pesakit juga diberi amalan benteng diri.

Untuk Rawatan Hubungi:-
017-2092307 Us. Aswat

Tuesday, December 8, 2015

RAWATAN SIHIR PELALAU (MENGGAGALKAN PERKAHWINAN)

Image result for SIHIR PELALAU 

Dalam 2 bulan ini, banyak saya merawat Sihir pelalau. dalam sehari boleh dikatakan 5 kes Sihir ini terkena pada mangsa,
Antara gejala-gejala Sihir ini terkena kepada mangsa ialah:
- Mengalami pening-pening kepala yang berlarutan meskipon sudah mengambil ubat-ubatan
- Mengalami sesak nafas selepas waktu Asar hingga tengah malam
- Pihak lelaki melihat bakal tunangannya berwajah hodoh @ sebaliknya
- Selalu sahaja mengalami kerungsingan (kacau fikiran)
- resah gelisah ketika ingin tidor 
Rawatan dilakukan dengan membaca ayat-ayat suci Al Quran kepada pesakit. Pesakit dibekalkan dengan air untuk dibuat mandian dan minum dan amalan-amalan pendinding diri.

Untuk rawatan hubungi:
017-2092307 Us. Aswat

MERAWAT MANGSA SIHIR PENGASIH

Image result for minyak pengasih 

Pagi tadi saya berkesempatan merawat pesakit wanita yang terkena Minyak Pengasih (Minyak Dagu). Antara tanda-tanda pesakit ini terkena Sihir ini adalah:
- Asmara cinta yang keterlaluan
- Berubah secara spontan dari benci kepada suka
- Cenderung melakukan hubungan seksual
- Sukar mengawal cinta
- Rindu bayang yang berlebihan
- Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal
- Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya

Set Ruqyah dibacakan kepada pesakit dan pesakit mengalami kebas-kebas di jari, pening kepala, sesak nafas dan muntah-muntah, Setelah keadaan pesakit pulih, saya membekalkan air yang telah dibacakan ayat2 Ruqyah untuk di buat mandi.

untuk Rawatan hubungi:
017-2092307 Us. Aswat


Monday, December 7, 2015

TESTIMONI RAWATAN AURA PESONA DIRI

 
Rawatan aura seri ini menggunakan ayat suci Al-Quran as-syifa yang dibacakan pada pelanggan dan bahan-bahan aura seri.

Khasiat rawatan aura seri ini ialah dapat menyingkirkan segala aura negatif pada badan, tenang fikiran, menambah keyakinan diri, fokus pada kerjaya, bisnes, menyerikan wajah, meringankan jodoh, menyembuhkan santau, sihir dan saka.

Untuk Khidmat Rawatan Hubungi @ sms @ whatsupp ke:- 017-2092307 Us. Aswat

Sila bawakan bahan2 tersebut:-
- Bunga ros merah 9 kuntum
- limau nipis @ purut 9 biji
- Daun Sirih 21 helai
- Bedak Nyonya @ Bedak Sejuk
- 1 botol Air Mineral 1.5 liter

MAHAR: RM50.00 Sahaja.

JANA PENDAPATAN 2K SEBULAN DENGAN MENYERTAI SEMINAR TERAPI BEKAM SUNNAH


TARIKH: 13 DISEMBER 2015
MASA: 9.00PAGI - 5.00PETANG
TEMPAT: NO.19A, JALAN ASTANA A13/A, PUSAT NIAGA ASTANA ALAM
                  42300 BANDAR PUNCAK ALAM, KUALA SELANGOR
                  (FASA 3)
MAHAR: RM300.00 (TERMASUK PERALATAN BEKAM, NOTA, SIJIL, MAKAN TENGAHARI)

 
SIAPA YANG PERLU HADIR???
- Pelajar lepasan SPM, STPM, IPTA/IPTS
- Mereka yang baru diberhentikan kerja
- Mereka yang ingin menceburi dalam bidang Perubatan Komplimentari
- Mereka yang mengetahui Pengubatan rahsia dari langit
- Mereka yang ingin berdakwah dalam pengubatan Islam
- Mereka yang ingin merawat diri dan keluarga

APA YANG ANDA DAPAT DALAM SEMINAR INI???
- Pengijazahan asas Ilmu Perubatan Islam
- Pengijazahan asas amalan Bekam Sihir
- Pengijazahan amalan kerezekian Al Kausar
- Titik-titik Bekam Thibbun Nabawi 72 penyakit/ Titik-titik Meridian 93 penyakit
dan lain-lain.

#BONUS: AMALAN AURA PESONA DIRI

DAFTAR SEKARANG DITALIAN:
017-2092307 US. ASWAT