Thursday, December 17, 2015

SIHIR TUTUP KEDAI

Hari Ahad yang lepas, saya dihubungi oleh Pengusaha restoran makanan di Puncak Alam. Restorannya sudah beroperasi selama 5 tahun dan 3 bulan kebelakangan ini pelanggan mengatakan restorannya ditutup padahal ianya dibuka seperti biasa. Pengusaha restoran tersebut juga mengatakan dia tidak ada semangat untuk berniaga dan bila berada di restorannya, badannya terasa seram sejuk, staf bergaduh dengan tiba-tiba , nasi yang di tanak tidak masak dan lauk pauk basi.
saya memulakan sesi scanning dengan membacakan Surah Al Baqarah dan semasa sampai pada ayat 102, dinding restoran tersebut keluar ulat-ulat kecil dan lantai restoran keluar air yang berbau mayat manusia, tiba ayat 255, terdengar suara makhluk menangis dan selepas itu makhluk itu berlari keluar dari dapur restoran ke pintu hadapan dan terdengar bunyi letupan di hadapan restoran tersebut.
Alhamdulillah setelah tamat bacaan Surah Al Baqarah saya menyuruh pengusaha membasuh restorannya dengan petua-petua yang di beri untuk membersihkan energi-energi sihir.


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani ( Surah Al Hujraat, 12 )

"Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap"
"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua".
(Surah Al Isra ayat 81-82)

KHIDMAT RAWATAN HUBUNGI:-
017-2092307 MUALLIJ ASWAT

No comments:

Post a Comment