Thursday, May 26, 2016

TERAPI RAWATAN ISLAM UNTUK MENANGKIS KEJAHATAN JIN & SYAITAN



KEIMANAN TERHADAP PERKARA GHAIB
> Firman Allah S.W.T:
"Alif, Lam, Mim. Kitab (al-quran) ini tidak ada keraguan padanya,
menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, iaitu mereka yang beriman
kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian
rezeki yang telah kami rezekikan kepada mereka". (Surah Al-Baqarah 1-3)

> Firman Allah S.W.T:
"Dan (ingatlah) ketika kami hadapkan serombolan jin kepadamu yang
mendengarkan al-quran". (Surah Al Ahqaaf 29)

> Firman Allah S.W.T:
"Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi penjuru
langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya
melainkan dengan kekuatan". (Surah Ar-Rahman 33)

TAKRIFAN SIHIR
> Syeikh Al-Zahri mantafsirkan sihir ialah amal perbuatan yang
silakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta
pertolongan kepadanya.

> Ibnu Qadamah mentafsirkan sihir ialah ikatan, jampi dan perkataan
yang diucapkan @ ditulis @ dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan
dan akibat buruk terhadap tubuh orang yang disihir @ hati dan akal
tanpa menyentuhnya secara langsung.

JENIS - JENIS SIHIR
* Sihir Puja (patung)
* Sihir Santau
* Sihir Telur Layang
* Sihir Tangkal dan Azimat
* Sihir Pemisah
* Sihir Busung

CONTOH TANDA-TANDA KETIKA JAGA
- Bercakap seorang diri
- Ketawa tanpa sebab
- Ingatan menjadi terlalu lemah
- Tidak dapat memberi tumpuan terhadap pekerjaan, pelajaran, ibadat @ perbualan
- Cara makan dan minum yang luarbiasa
- Benci mendengar, membaca @ melihat al –quran
- Terasa berat, terhalang, malas @ benci melakukan solat
- Pening kepala tanpa sebab terlalu kerap, tidak dapat diubati dengan ubatan-ubatan biasa
- Benci kepada bau-bau wangian seperti kasturi dan za’faran
- Malas dan lemah badan tanpa sebab
- Membenci ahli keluarga, suami @ isteri, anak-anak
- Membenci pekerjaan, perniagaan, pelajaran @ rumah sendiri
- Was-was yang keterlaluan
- Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab @ dada sering berdebar-debar pada waktu-waktu yang sama seperti selepas ‘asar @ selepas maghrib’
- Hilang nafsu pada isteri @ suami
- Ketagihan seks yang melampau

CONTOH TANDA-TANDA KETIKA TIDUR
- Susah tidur malam kecuali setelah lama berbaring
- Kerap berjaga-jaga/ terkejut di waktu malam
- Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sebab
- Berasakan diri ditindih lembaga/ diperkosa (antara tidur dan sedar)
- Kerap bermimpi yang menakutkan
- Kerap mimpi bersetubuh
- Kerap bermimpi dikejar @ diserang binatang seperti harimau, anjing, serigala, tikus dan lain-lain binatang
- Bermimpi berada di kawasan perkuburan @ tempat sampah
- Kerap bermimpi saudara mara yang sudah meninggal dunia.

Mengikut pendapat ulama’ apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda pada waktu jaga maka berkemungkinan seseorang itu mengalami gangguan jin.

DALIL-DALIL MERUQYAH UNTUK MERAWAT SEBARANG PENYAKIT
> Dari Abu Sa’id Al- Khudri r.a, Jibril mendatangi Nabi SAW, lalu berkata, “Wahai Muhammad apakah engkau mengeluh sakit?” Beliau menjawab “Ya!” Kemudian Jibril (meruqyahnya). “Bismillahi arqika, min kulli syai’in yu’dzika, min syarri kulli nafsin au ‘ainin hasadin, Allahu yasyfika, bismillahi arqika”(dengan nama Allah aku meruqyahmu, dari segala hal yang menyakitimu, dan dari kejahatan segala jiwa manusia @ mata pendengki, semoga Allah menyembuhkan kamu, dengan nama Allah saya meruqyahmu”) (HR.Muslim)


SEKIRANYA ANDA INGIN MENDAPATKAN RAWATAN HUBUNGI:
017-2092307 uS.aSWAT
013-4237292 MUALLIJ SYAFIQ
017-6845026 PN. MIMI

PUSAT RAWATAN SUNNAH
NO.19A JLN ASTANA A13/A
PUSAT NIAGA ASTANA ALAM
42300 BANDAR PUNCAK ALAM

SABDA RASULULLAH S.A.W
"Sesungguhnya amalan itu tergantung kerana niatnya, barangsiapa hijrahnya kerana Allah dan Rasuknya, maka hijrahnya kerana Allah dan rasulnya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang dapatnya atau wanita yang dinikahinya, maka hijrahnya kerana apa yang di niatkannya itu"

No comments:

Post a Comment