Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak
mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi
bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan
Rahmat-Nya.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi
mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal
soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah
kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan
hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
.
Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
- Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
- Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
- Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
- Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
- Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
No comments:
Post a Comment