Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila
bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap
yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik
seperti pernafasan.Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan
yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di
dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan
sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Apabila timbunan plak
terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan
ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke
otak.
Pemulihan awal adalah teramat penting. Setiap mangsa strok mesti
mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Lebih cepat terapi pemulihan
dimulakan; lebih cepat otak dapat mempelajari semula pergerakan normal. Lebih
lama terapi pemulihan ditangguhkan, lebih sukar bagi mangsa strok untuk pulih.
Untuk rawatan hubungi:-
017-2092307 Us.Aswat
013-4237292 Muallij Syafiq
No comments:
Post a Comment