Tuesday, April 26, 2016

TEKNIK MERAWAT ORANG YANG TERKENA SIHIR

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman (Surah Al Isra 82)

Dari hadis yang diriwayatkan dari Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W masuk kepadanya ketika ada seorang wanita yang sedang dirawat dan dibacakan ruqyah, lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepadanya; "Ubatilah dengan Kitab Allah".

Pengertian Ruqyah:
Ruqyah biasa dikenali sebagai jampi-jampi @ mantera. Ruqyah secara Syar'i (Ruqyah Syar'iyyah) adalah jampi-jampi yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit @ menghilangkan gangguan jin @ sihir @ untuk perlindungan dan sebagainya dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah S.A.W yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

Ayat-Ayat Ruqyah

1. Al-Fatihah 
2. Al-Baqarah Ayat 1-5
3. Al-Baqarah Ayat 102
4. Al-Baqarah Ayat 163-164
5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) Ayat 255
6. Al-Baqarah Ayat 285-286
7. Ali-Imran Ayat 18-19
8. Al-’Araf Ayat 54-56
9. Al-’Araf Ayat 117-122
10. Yunus Ayat 81-82
11. Toha Ayat 69
12. Al-Mukminun Ayat 115-118
13. As-Soffaat Ayat 1-10
14. Al-Ahqaaf Ayat 29-32
15. Ar-Rahman Ayat 33-36
16. Al-Hasyr Ayat 21-24
17. Al-Jin Ayat 1-9
18. Al-Ikhlas
19. Al-Falaq
20. An-Naas

No comments:

Post a Comment