Monday, April 18, 2016

PROGRAM "JOM BEKAM 2016" DAERAH KUALA SELANGOR


Assalamualaikum...
.
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pengamal Bekam Sunnah & Ruqyah Malaysia menganjurkan satu program yang dinamakan ‘JOM BEKAM 2016’ sempena Ulangtahun ke -4 penubuhan Persatuan Pengamal Bekam Sunnah & Ruqyah Malaysia.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam mengamalkan kebersihan di dalam rawatan Terapi Bekam khususnya Bekam darah (Hijamah Rothbah). Disamping itu, dengan menggunakan kaedah cup pakai buang, ia juga dapat mengelakkan penularan penyakit seperti Aids, penyakit kulit, Hepatitis dan lain-lain.
Pihak kami telah mengedarkan Kupon Bekam sebanyak 1000 keping dan 1000 set bekam untuk kegunaan sendiri untuk setiap orang (ditaja oleh PEBERUM) untuk diberikan kepada sesiapa yang berminat untuk merasai kedahsyatan Terapi Bekam Darah untuk menghilangkan kesakitan disamping mengamalkan salah satu sunnah Rasulullah SAW. Rasullullah S.A.W bersabda: “Kesembuhan itu terdapat pada 3 hal, iaitu minum madu, berbekam dan bakaran api (kay), sesungguhnya aku melarang umatku berubat dengan kay”.
Dengan bayaran RM50.00, tuan-tuan dan puan-puan akan dirawat dengan 10 titik asas bekam (titik meridian) bersama 1 set bekam untuk kegunaan sendiri.
Ayuh, datanglah beramai ramai ke pusat Rawatan kami sekarang. Miliki set bekam anda sendiri. kupon bekam boleh didapati di Pusat rawatan.

‪#‎tertakluk‬ kepada terma dan syarat

pertanyaan lanjut hubungi @ wassap ke:
017-2092307 Us Aswat

No comments:

Post a Comment